Thursday, January 24, 2013

The Best Programme Ever ! "Generasi Hebat" 2013

Program "Generasi Hebat" yang telah dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu pada 23 Januari 2013 oleh beberapa orang mahasiswa & mahasiswi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) & Universiti Kelantan Malaysia. Program yang dilaksanakan sepanjang hari amat memuaskan dan dapat memberi inspirasi kepada kami semua untuk mengikuti jejak langkah dan mengetahui rahsia kejayaan mereka semua yang berjaya melangkah ke menara gading. Kami amat berbesar hati kerana mereka sudi meluangkan masa walaupun banyak juga aktiviti yang kami tidak sempat lakukan bersama-sama kerana kesuntukan masa. "Yeahh .. SMK Bintulu memang sporting gilerr !" komen antara abang dan kakak yang telah bersama kami semalam hihihihi :) Mereka memang sangat terkejut melihat reaksi kami terhadap program yang dilaksanakan oleh mereka. Antara aktiviti yang memang menarik minat saya semalam ialah sewaktu berada di Bilik Seminar dan slot tu telah disampaikan oleh Abang Comel a.k.a Rahmat@ABC.

"SAYA TIDAK TAKUT KEGAGALAN"

"MEREKA YANG ADA KEYAKINAN DIRI"

"UNTUK MENJADI ORANG YANG HEBAT PERLU MEMILIKI PEMIKIRAN YANG KREATIF & KRITIS"

"UNTUK MENJADI ORANG YANG HEBAT HARUS BERANI TAMPILKAN DIRI"

Syukur Alhamdulillah kerana program tersebut telah berjaya mencapai matlamatnya ~
Saya berharap agar program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. InsyaaAllah :)